Taklimat Ringkas KDB & Advokasi SMK Kota Samarahan

2 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 November 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah menjemput Pusat Internet PPR Batu Gong dan Pusat Internet Telaga Air untuk bersama-sama menjayakan taklimat kdb dan advokasi di SMK Kota Samarahan. Pelajar yang terlibat sepanjang taklimat adalah seramai 350 orang pelajar daripada tingakatan 3, 4, dan 5 serta 7 orang guru yang turut hadir bersama-sama sepanjang taklimat berlangsung.

Taklimat tersebut turut mendedahkan pelajar dan guru dengan siaran digital myfreeview TV, taklimat ringkas klik dengan bijak serta advokasi, serta pengenalan Pusat internet. Para pelajar memberikan respon yang baik sepanjang berlangsungnya taklimat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali